KUALA LUMPUR – Ketika berhadapan parti lawan dengan agenda untuk merampas semula kerajaan dari Pakatan Harapan pada PRU 15 ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu terlalu populis terhadap rakyat.
Sebaliknya, kata Mohd Faizal Ramli yang mewakili UMNO Negeri Sembilan, menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat dan sekali gus memenangi PRU, bakal menempah malapetaka.
Kata beliau, cukup UMNO dan BN bersama rakan Muafakat Nasional menggunakan pendekatan sederhana dalam memenangi hati rakyat.
“Sekarang pun, selepas 18 bulan PH memerintah, kami menerima maklum balas rakyat terlalu rindu dan kasihkan UMNO serta BN. Mereka mengakui hidup menderita bawah kerajaan PH selama ini.
“Jadi, kita tidak perlu jadi populis menjanjikan bulan dan bintang. Cukup kita mendekatkan rakyat dengan penuh kasih sayang,” katanya pada sesi perbahasan usul Dasar Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau juga mahu pemimpin UMNO ketika ini berjuang dengan penuh keikhlasan dan melaksanakan tugas serta amanah dengan jujur.
Pemimpin atasan juga, katanya harus menghargai akar umbi dan menghormati kesetiaan mereka kepada parti, bukan apabila menang, ambil keputusan tinggalkan parti. – MalaysiaGazette

















Benar dan setuju 100% bahawa UMNO perlu seorang nahkoda sahaja sebagaimana saranan Presiden Parti.
TETAPI perlu kepada nahkoda yg sentiasa dinampakkan “bersih” dalam segala aspek.
Jika terdapat nahkoda atau mana2 juragan, jurumudi maupun kelasi yg menghadapi masalah dgn “kes mahkamah” – SEMESTINYA mereka yg berkenaan “direhatkan keahliannya” sehingga mahkamah membebaskannya dari apa jua pertuduhan.
Sepatutnya UMNO mesti berani meminda undang2 tubuhnya kearah itu – agar kepimpinan parti bebas dari sebarang tomohan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Barulah nama baik parti tidak di kotak katikkan…. dan yang paling utama diterima dan dipercayai rakyat keseluruhannya.
Cukup2 lah “berlindung” di kapal yg punyai nahkoda dan krew yg saban hari “buka pintu mahkamah”.