TERKINI : ISU Desak Letak Jawatan “Gobind Singh Terima Apa Juga Kritikan”

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo tidak cepat melatah terhadap desakan supaya beliau melepaskan jawatan sebagai menteri Kabinet dan menganggap gesaaan itu sebahagian daripada proses demokrasi.

Gobind berkata, beliau menerima apa sahaja kritikan yang dilontarkan terhadapnya termasuk desakan salah seorang perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) itu dengan alasan kementeriannya gagal mempromosi kejayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Itu pendapat mereka yang hadir, saya terima apa-apa kritikan dan tidak ada masalah dengan itu.

Itu adalah satu pandangan yang telah dilontarkan kepada saya. “Banyak kerja yang perlu saya lakukan. Kementerian dibawah saya ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Termasuk yang fokus kepada ekonomi digital.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast