KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah menghantar sebarang SMS kepada orang ramai daripada 15888 atau mana-mana pembekal perkhidmatan yang lain.
“Adalah dimaklumkan bahawa BNM tidak menghantar sebarang SMS dari 15888 (atau mana-mana pembekal perkhidmatan yang lain) yang mengatakan “Caj RM0.50 BNM, Bank Memberikan 3% Subsidi. Http://www.mybnm.net/”,” katanya dalam notis di sini.
Pautan itu adalah sebuah laman web palsu yang meminta anda untuk mengemaskini/mengesahkan identiti atau kelayakan perbankan.
Sehubungan itu, BNM menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan mesej atau apa-apa yang berkaitan daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian identiti atau perbuatan berniat jahat itu.
BNM tidak akan meminta maklumat peribadi atau penjelasan melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau mana-mana aplikasi mesej.
Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi BNMTELELINK di 1300-88-5465 atau e-mel [email protected] bagi melaporkan atau bertanya mesej teks mencurigakan, e-mel atau mesej segera diterima yang berkaitan dengan BNM.
BNM berkata, sentiasa berhati-hati dan mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette
















