Bruno Fernandes

MANCHESTER – Manchester terus gagal merapatkan mata dalam kelompok empat kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas terikat 0-0 dengan Wolves  di Old Trafford awal pagi tadi.

Keputusan merencatkan lagi impian mereka untuk memburu tiket Liga Juara-Juara musim depan selepas tewas 0-2 kepada Burnley sebelum ini.

United menurunkan pemain baru ditandatangani Bruno Fernandes di barisan tengah, namun pembelian pemain Portugal berharga 42 juta pound (RM227.2 juta) itu menimbulkan persoalan apabila jentera serangan Solskjaer masih tumpul tanpa Marcus Rashford yang cedera.

Pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer berharap cuti dua minggu musim sejuk akan merangsang semula kempen mereka untuk berkunjung ke Chelsea pada 17 Februari.

Pertembungan di Stamford Bridge itu perlu dimenangi anak buah Solskjaer yang kini ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat.

Rashford tidak akan kembali beraksi dalam tempoh beberapa bulan menyebabkan United menandatangani Odion Ighalo secara pinjaman dari Shanghai Shenhua pada hari terakhir jendela perpindahan Januari.

Wolves kendalian Nuno Espirito juga mempunyai peluang untuk memburu tiket Liga Juara-Juara, buat pertama kali, musim depan dan mereka turut ketinggalan enam mata di belakang Chelsea. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast