RIO DE JENAIRO – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro diuji positif Covid-19, lapor akhbar tempatan hari ini.

Keputusan itu diperolehi selepas Bolsonaro berjabat tangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada majlis makan malam pada Sabtu lalu di Mar-a-Lago.

Akhbar utama di Brazil mendakwa Bolsonaro menjalani ujian Covid-19 selepas Setiausaha Akhbarnya, Fabio Wajngarten diuji positif virus itu.

Keputusan ujian saringan kedua Covid-19 presiden itu akan diketahui malam Jumaat.

Malahan kesemua delegasi Brazil yang terbang bersama presiden ke Amerika Syarikat dilaporkan sudah dikuarantin dan pesawat itu tercemar.

Trump dan keluarganya mengelak daripada dikuarantin walaupun ahli Kongres lain yang bersentuhan dengan suspek diuji positif telah isolasikan.

Beberapa pemimpin negara lain juga dikuarantin termasuk Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang dikuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas isterinya, Sophie dikesan positif virus itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.