KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat sewa khas yang membawa pulang warga Malaysia dari Iran mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka akan menjalani saringan dan ujian Covid-19 sebelum di hantar ke pusat kuarantin.

“Alhamdulilah pesawat khas membawa balik rakyat Malaysia dari Iran selamat mendarat di KLIA, 6.35 pagi hari ini,” katanya dalam akaun Twitter

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 149 rakyat Malaysia di Iran dan Itali akan dibawa pulang ke tanah air pada Ahad dan Isnin ini.

Menurut belioau, seramai 55 warga negara ini yang berada di Iran akan diterbangkan pada Ahad manakala 94 orang dari Itali pada Isnin.

Iran meruapakan antara negara yang menerima kesan teruk penuranan Covid-19 dengan lebih 1,500 orang telah terkorban akibat wabak tersebut – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast