KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengenai gejala seksual semakin hari makin tidak terkawal terutama gangguan menerusi media sosial.
Beliau yang turut mengakui sering menjadi mangsa gangguan sesual oleh cybertrooper dan netizen menerusi akaun Facebook dan Twitternya menyifatkan sudah sampai masanya kerajaan menangani gejala itu.
“Gejala gangguan seksual hari ini semakin hari semakin tidak terkawal, terutama di media sosial.
“Saya sendiri sering menjadi mangsa gejala seksual ini, di mana Facebook saya hari-hari didatangi oleh cybertrooper ataupun netizen yang memaki saya dengan perkataan tidak baik, tidak senonoh dan agak memalukan bagi kaum wanita itu sendiri.
“Apa yang menyedihkan saya lagi apabila adanya golongan lelaki mahupun wanita sendiri masih menyokong perkara (perbuatan) seperti ini,” katanya menerusi temubual secara atas talian semalam.
Menurut pemimpin DAP itu, tanggapan bahawa jika menjadi ahli politik perlu selalu bersabar, kuat dan tidak perlu melayan perkara seperti ini, adalah salah.
Ini kerana, tegas beliau, gangguan seksual jika tidak dikawal dari sekarang, perbuatan itu akan semakin berleluasa.
“Kalau tidak dikenakan tindakan tegas, tidak mengutarakan isu ini, tidak membincangkannya, ia akan semakin berleluasa dan lebih ramai orang akan anggap ini perkara biasa, tidak perlu dianggap berat.
“Ini adalah masalah dari segi pemikiran kita. Saya berharap isu ini diambil berat oleh semua pihak khususnya wanita dan NGO berkaitan wanita.
“Pihak ini perlu berganding bahu dan bersuara di mana-mana ruang yang ada, sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun di Parlimen,” ujarnya.
Beliau berkata, suatu tindakan atau undang-undang perlu disegerakan untuk memastikan mereka di luar sana yang menganggap gangguan seksual perkara ringan, perlu diambil tindakan tegas.
Kalau tidak diberikan pengajaran kepada pihak netizen di luar sana mengenai isu gangguan seksual ini, katanya, golongan wanita akan selama-lamanya menjadi objek kepada masyarakat tidak bertanggungjawab.
Young Syefura lebih dikenali dengan panggilan Rara terlibat dalam politik sejak 2012 ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara dan setahun kemudian menyertai parti politik DAP.
Katanya, menjadi ahli politik wanita bukan mudah, lebih lagi jika anda seseorang itu bujang atau muda dan terlalu mudah mendapat perhatian serta diserang oleh golongan terbabit.
“Jika kita tidak memiliki mental yang kuat, perasaan untuk melawan, kita akan mudah mengalah.
“Kepada orang muda (wanita) yang ingin menjadi ahlil politik, anda perlu berani untuk melawan semula.
“Paling penting, anda perlu menjadi diri sendiri dan tidak boleh takut dengan kritikan serta komen netizen dari segi pemakaian, penampilan, percakapan, kerja dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette

















Sebab allah swt arahkan kaum wanita berkerja di rumah berkhidmat utk keluarga dan suami…hikmahnya mengelak fitnah.
Tapi ppuan sekarang nak menjadi atau setaraf kaum lelaki..oleh sebab itu lah anda kaum terdedah dgn fitnah…jadi jgn salah kan org lain tapi salahkan diri sendiri sbb tidak mengikuti perintah agama.
Fitnah memfitnah itu perbuatan orang jahil. tp org yang mengundang fitnah lglah jahil. lu fikirlah sendiri. Rasanya anda jadi ADUN pun sbb fitnah. kata kunci fitnah.
Kenapa tak berjuang bersama bangsa n agama sendiri..
Yg join parti kafir yg hanya utk menjatuhkan bamgsa sendiri utk apa?
Nak bela kaum bawa.. bela la kaum n agama n bangsa sendiri. Sorang2 ni dulu menang pru pun disebabkan penipuan jadi cukup2 la nak berpolitik
Org Melayu masuk DAP tu x cerdik YB..
Haa… Inilah orang Melayu yang jadi terompah dApiG.
Ada komen bahawa perempuan patut duduk di rumah jaga suami. Maka contohilah Rina Harun Doraemon, Zuraidah Mak Lampir, Kak Lah PAS, Noraini Kementerian Pengajian Tinggi dan Azalina Othman bekas Menteri UMNO yang memang selama ini tinggal di rumah JAGA SUAMI.