Lonjakan kes Covid-19 di Perancis membimbangkan. foto Agensi

PARIS  – Perancis melaporkan sebanyak 833 kes kematian koronavirus semalam, kenaikan tertinggi sejak wabak tersebut tercetus.

Jumlah individu yang meninggal selepas diuji positif Covid-19 melonjak kepada 8,911 manakala angka jangkitan sebanyak 98,010.

Data yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Olivier Veran menunjukkan 605 telah meninggal dunia di hospital dalam tempoh 24 jam dan 228 lagi di pusat penjagaan kesihatan.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 10%.

“Epidemik masih belum berakhir. Situasi mencabar ini masih panjang. Angka yang saya umumkan ini membuktikannya,” kata Menteri Kesihatan, Olivier Veran yang meminta orang ramai terus berada di rumah.

Angka kematian harian di Itali juga meningkat pada hari Isnin, selepas merekodkan penurunan kes baru.

Tetapi, jumlah kes baru di Sepanyol menurun untuk hari keempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast