Pemain pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka mendedahkan siapa lawan paling sukar yang pernah dihadapinya dalam Liga Perdana Inggeris.
Pemain antarabangsa England itu berkata, pemain yang paling sukar untuk dirinya jaga adalah pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling.
Menurut Wan-Bissaka, Sterling adalah lawan yang sangat sukar kerana pemain itu sentiasa berusaha melewati pertahanan setiap masa.
“Siapa lawan paling sukar yang pernah saya hadapi, saya rasa ia Raheem Sterling.
“Perlawanan bertemu dia (Sterling) adalah perlawanan yang paling saya sukai kerana dia merupakan pemain yang sentiasa akan berusaha melepasi saya.
“Tidak kira seperti mana situasinya,dia sentiasa terus mencuba manfaatkan setiap peluang. Ini adalah lawan yang saya suka,” katanya Wan-Bissaka kepada Manchester Evening News. – MalaysiaGazette
















