KUALA LUMPUR- Syarikat berpangkalan di Singapura, Alcosm Pte. Ltd memperkenalkan tisu basah dengan kepekatan alkohol 75 peratus ke pasaran Malaysia.
Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusannya, Tai Zi Kang, ia bagi memenuhi permintaan pantas daripada pasaran Malaysia, syarikat tersebut akan mengedarkan setengah juta pek tisu basah berkenaan ke lebih 1,500 kedai serbaneka, pasar raya dan farmasi di seluruh Malaysia bermula 22 April ini.
Syarikat tersebut menerusi pengedar tempatannya, Zupital Holdings Sdn. Bhd. telah berjaya menjual lebih 20,000 pek tisu berkenaan dalam tempoh lima selepas dilancarkan di laman web mereka pada 31 Mac lalu.
“Ujian makmal menunjukkan barangan peribadi seperti beg tangan dan telefon bimbit mempunyai lebih banyak bakteria daripada tandas.
“Dengan itu, ketika dunia sedang berhadapan dengan pandemik ini, kami mahu memudahkan orang ramai untuk melakukan sanitasi tangan dan barangan peribadi dengan menggunakan tisu basah beralkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Zi Kang, Alcosm menggunakan fabrik jenis non-woven spunlace supaya tisu tersebut lembut pada tangan tetapi mampu menampung cecair yang mencukupi bagi memastikan ianya berkesan.
Ia juga direka supaya tidak meninggalkan kesan atau kotoran ke atas barangan peribadi pengguna.-MalaysiaGazette
















