JAKARTA- Bank Indonesia (BI) menyuntik Rp503.8 trilion (AS$32.7 billion) ke dalam bank-bank dan pasaran bon bagi menstabilkan nilai rupiah dan memberi sokongan terhadap keperluan kewangan kerajaan dalam berhadapan kejutan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Gabenor BI, Perry Warijiyo berkata, bank-bank diwajibkan untuk membeli bon-bon kerajaan selepas bank pusat itu mengeluarkan Rp102 trilion dalam bentuk tunai.

Bermula 1 Mei, nisbah keperluan rizab akan diturunkan sebanyak 200 mata peratusan bagi bank-bank komersial dan 50 mata peratusan bagi bank syariah.

Dasar BI yang menarik balik syarat wajib bank untuk memenuhi Nisbah Makroprudential Pertengahan (RIM) mampu menokok Rp15.8 trilion lagi.

“Dasar fiskal sangat penting dalam menyalurkan dana-dana ini ke dalam sektor ekonomi sebenar,” kata Perry semasa sidang media dalam talian hari ini.

Tambahnya, langkah rangsangan kuantitatif yang diambil bank pusat itu dijangka mampu memacu aktiviti ekonomi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast