Foto hiasan

SEREMBAN  – Pentabiran kerajaan Negeri Sembilan mengesahkan seorang kakitangan sebuah jabatan di Wisma Negeri didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata jabatan berkenaan ditutup selama dua hari bagi kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya, setelah siasatan dan perbincangan dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.

“Sementara itu, operasi jabatan lain di Wisma Negeri boleh berjalan seperti biasa berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 3 Tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Razali berkata pentadbiran kerajaan negeri akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman COVID-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan warga kerja dan pelanggan yang berurusan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast