Foto yang tersebar di Internet

KARACHI- Sebuah pesawat Pakistan International Airlines (PIA) yang dalam penerbangan dari Lahore ke Karachi terhempas berhampiran Lapangan Terbang Jinnah hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai-pegawai Lembaga Penerbangan Udara (CAA).

Menurut Geo News, pesawat tersebut terhempas berhampiran lapangan terbang berkenaan yang juga sebuah kawasan perumahan padat penduduk ketika sudah hampir mendarat.

Pesawat Airbus PK8303 itu membawa 99 penumpang dan lapan anak kapal.

Dalam satu ciapan, tentera Pakistan memaklumkan pasukannya sedang menjalankan usaha bantuan menyelawat.

Menurut saksi, asap tebal di kawasan kejadian dapat dilihat dari jauh.

Setakat ini, tiada laporan mengenai keadaan mangsa.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.