BEIJING – China melaporkan lonjakan kes Covid-19 tertinggi dalam sehari dalam tempoh tiga minggu ini dengan 16 kes semalam.

Peningkatan kes import itu dikesan di wilayah Sichuan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, kesemua kes membabitkan pengembara dari luar negara termasuk 11 kes dari Sichuan.

China melaporkan dua kes jangkitan pada 29 Mei – dua-dua diimport.

Kes Sichuan dari penerbangan Mesir dan enam yang lain pula ada kes tanpa gejala dalam pesawat yang sama.

China tidak mengambil kira kes tanpa gejala sebagai jangkitan Covid-19.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan sebanyak 16 kes tanpa gejala di China 31 Mei berbanding tiga hari sebelum itu.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di China mencecah 83,017 dengan angka kematian kekal 4,634. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast