Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menegur tindakan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana tidak menghormati keluarga Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib apabila mengeluarkan kenyataan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim itu belum dikebumikan, PKR Perak sudah bercakap mengenai calon PRK kawasan berkenaan.

“Dia bercakap demikian seolah tidak ada rasa simpati langsung di atas kesedihan keluarga Allahyarham Mohd Khusairi.

“Apakah sudah terhakis politik kemanusiaan dalam diri anda sehingga tiada langsung sekelumit perasaan ihsan dan simpati kepada keluarga arwah?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Petang semalam, Farhash Wafa mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa PKR akan meletakkan seorang calon anak tempatan di kerusi itu dan partinya akan mempertahankan legasi Allahyarham Mohd Khusairi.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga waris ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia petang tadi,” kata Farshah Wafa.

Allahyarham Mohd Khusairi meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang, petang semalam.

Jenazahnya dibawa pulang ke rumah ibunya di Felda Sungai Behrang, Slim River awal pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang pada jam 9.20 pagi.

Pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) lalu, Mohd Khusairi menang di kerusi DUN Slim menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Mohd Khusairi yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim menjadi ADUN Slim sejak tahun 2004. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Orang Gilakan jawatan Memang Macam itu caranya Dato Dr Asyraf. Dia tidak fikirkan masalah orang lain. Hanya memikirkan kekosongan jawatan yang mungkin dia perolehi.

  2. INI SALVADOR BABI ANWAR…MEMANG MACAM TU DAH.KABEL BESAR,SEBAB TU BESAR KEPALA..TAK APA,TUNGGU ANWAR MAMPUS ESOK2 PLAK.DOKTOR SAIN JA PRESIDEN DIA MAMPOS,KITA TERUS SEMBANG LETAK CALON.
    SEKARANG MASA KURANG AJAR BALAS KURANG AJAR..BUKAN BERLEMBUT LAGI DAH.

  3. Ramai sangat pangilan nama DR tapi keja nya terjerit terlolong je sepatut nya DR kejja di hospital kan?

  4. Bagaimana sikap para sahabat apabila Rasulallah wafat? Bukankah sunnahnya mempercepatkan perlantikan pemimpin? Apakah sahabat tidak sedih atau tidak menghormati keluarga Nabi kerana sibuk dgn melantik pengganti Nabi?

  5. ahmadisme.. kamu belajar dari bapa kamu atau mak kamu atau kamu belajar dari mentua kamu? Kamu ambil tajuk tapi tidak mengupas perisiannya dengan kefahaman lantas membuat penilaian yang amat salah. Belajar lagi jika berminat dalam pentadbiran Dan Tamadun Islam untuk menjaga amalan.

Comments are closed.