KUALA LUMPUR- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) melantik Datuk Azhar Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Dzulkifli Fadzilah yang tamat perkhidmatan semalam.

PUNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, gabungan kepakaran dan pengalaman luas Azhar dan Lembaga Pengarah PUNB akan memantapkan kedudukan perbadanan itu bagi mencapai visinya sebagai pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan Bumiputera di negara ini.

Azhar, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kredit di Bahagian Kewangan Hartanah di Credit Corporation (M) Bhd pada 1981, kemudian menyertai Bolton Finance Bhd dan Hong Leong Finance Bhd dari 1990 hingga 2003.

Beliau kemudiannya menyertai Bank Islam Malaysia Bhd pada 2003 hingga 2010 sebelum memulakan khidmat dengan RHB Bank Bhd sebagai Naib Presiden. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast