Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjalan dari luar perkarangan mahkamah berikutan akan dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 ketika di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang. foto MOHD ADZLAN, 11 OGOS 2020.

BUTTERWORTH- Ramai masih lagi diselubungi teka-teki apa sebenarnya pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Ada juga membuat tekaan ia masih berkaitan dengan projek berbilion ringgit terkait terowong dasar laut, ada juga mengaitkan ia dengan banglo bawah nilai pasaran dan sebagainya.

MalaysiaGazette difahamkan, ketiga-tiga sebenarnya berdepan dengan kes baharu yang belum lagi didedahkan kepada umum.

Betty difahamkan akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Manakala Li Koon pula menghadapi pendakwaan di bawah Akta SPRM 2009 manakala Guan Eng pula didakwa telah menyalahgunakam kedudukannya sebagai Ketua Menteri ketika itu bagi ‘projek’ tersebut.

Ketika ini, Li Koon sudah tiba di Mahkamah Butterworth bersama-sama peguamnya.

Guan Eng juga sempat keluar dari keretanya dan bersalaman dengan para penyokongnya sebelum masuk dalam keadaan ceria tersenyum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Senyum pura2 .nk cover gelabah biawak dia tu . Elok mereput dalam prison lps ni bersama isteri dan girlfreind ..

Comments are closed.