TERKINI : Uncle Kentang Jual Buku Untuk Tambah Van Jenazah

Kisah permulaan hidup Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang diabadikan menerusi garapan penulisan yang penuh dengan pengajaran dalam sebuah buku bertajuk Sementara Ku Di Sini.

Buku pertama setebal 200 muka surat itu ditulis sendiri oleh Chee Heng dan dibantu oleh Bahruddin Bakri serta dijual pada harga RM35.

Chee Heng yang berasal daripada keluarga penoreh getah itu tiba-tiba menjadi terkenal dan tular selepas kisahnya membeli juadah berbuka puasa untuk lapan beranak di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan beberapa tahun lalu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast