Peruncit berkenaan telah menjual daging yang mencurigakan dalam peti sejuk yang sama dengan daging lembu dan ayam. - Gambar hiasan

KAJANG – Jabatan Kesihatan telah merampas daging-daging mencurigakan dari sebuah kedai runcit di Kajang, Selangor untuk uji kaji.

China Press melaporkan, keadaan itu berlaku selepas seorang penduduk yang membeli daging lembu dari sebuah kedai runcit kendalian Muslim dari Indonesia berasa curiga dengan apa yang dibeli.

Apabila mencuci daging yang dibeli, penduduk itu mendapati daging tersebut lebih lembut dan mempunyai tulang yang lebih besar berbanding daging lembu.

Keadaan itu mendorong pembeli tersebut bertanya kepada rakan keturunan Cina yang turut meragukan jenis daging tersebut.

Apa yang berlaku dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa surau yang kemudiannya melapor kepada pihak berkuasa.

Jabatan Kesihatan Selangor kemudian bertandang ke kedai runcit berkenaan dan mengambil daging yang mencurigakan untuk tujuan siasatan.

Kejadian itu berlaku dalam kawasan yang mana 95 peratus penduduknya adalah beragama Islam.

Peruncit berkenaan telah menjual daging yang mencurigakan dalam peti sejuk yang sama dengan daging lembu dan ayam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast