Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Perdana Menteri bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dijadual di Putrajaya esok dibatalkan.

Antara yang memaklumkan tentang pembatalan tersebut adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Menteri Sarawak, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Besar Johor.

Bagaimanapun, mesyuarat khas Kabinet esok sehingga kini difahamkan masih diteruskan.

Mesyuarat dipercayai bagi membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak cadangan Jemaah Menteri yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya diisytiharkan darurat bagi memerangi pandemik Covid-19.

Muhyiddin bersama sekumpulan anggota Kabinet menghadap Seri Paduka Baginda Jumaat lalu mempersembahkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri.

Berikutan daripada itu, baginda telah memanggil Raja-Raja Melayu untuk berbincang mengenai perkara tersebut hari ini di Istana Negara. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast