TERKINI : KKM Temui Kluster Seridana, Kebarangkalian Jangkitan Ada di Parlimen – Dr Noor Hisham

Kluster Seridana dikenal pasti selepas seorang anggota polis bantuan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mempunyai tugas khas di Parlimen telah menjalani saringan dan didapati positif Covid-19.

Rentetan daripada itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, petugas kesihatan telah mengesan kontak rapat mangsa yang juga merupakan anggota polis bantuan di PMO di mana ketiga-tiganya juga didapati positif wabak tersebut.

Katanya, isteri anggota polis bantuan berkenaan juga positif Covid-19. “Tiga rakan beliau (anggota polis bantuan terbabit) positif, dan isteri positif. Jadi saringan telah dijalankan di PMO.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast