Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin. foto SYAFIQ AMBAK, 26 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPrP) bagi suku tahun ketiga 2020 meningkat 0.6 peratus kepada 110.3 berbanding 109.6 pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Subsektor utama yang menyumbang kepada peningkatan indeks ini ialah pengangkutan (1.7%), aktiviti hartanah (1.7%), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan & minuman (1.5%), kesihatan (1.3%) dan pendidikan (0.8%).

Bagaimanapun, Kesenian, Hiburan & Rekreasi dan Maklumat & Komunikasi masing-masing menunjukkan penurunan 1.4 peratus dan 0.1 peratus. Indeks Profesional tidak berubah, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, perbandingan suku tahunan menunjukkan indeks meningkat 0.3 peratus.

Peningkatan ini disumbangkan oleh subsektor berikut: aktiviti hartanah (1.3%), pengangkutan (1.1%), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan & minuman (0.6%), pendidikan (0.2%), kesihatan (0.1%), dan profesional (0.1%).

Subsektor Kesenian, Hiburan & Rekreasi menurun 1.3 peratus.

Manakala indeks Maklumat & Komunikasi adalah tidak berubah, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast