Saham Top Glove Corp Bhd. (Top Glove) susut sebanyak 55 sen atau 7.48 peratus kepada RM6.80 ketika dagangan dibuka pagi ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di asrama pekerja Top Glove di Meru, Klang memberi kesan kepada 27% daripada 21,000 kakitangan syarikat itu, iaitu kira-kira 5,700 orang.

Ia bukan melibatkan 13,190 orang pekerja yang dinyatakan sebelum ini.

“Kilang kami di Meru masih beroperasi dengan kapasiti yang berkurangan dan pekerja-pekerja yang tidak terlibat di bawah PKPD bekerja dengan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat, seiring dengan garis panduan Kementerian Kesihatan.

Top Glove, pengilang sarung tangan getah terbesar di dunia, turut memaklumkan majoriti pekerja yang terkesan tidak menunjukkan gejala Covid-19.

Mereka tidak mengalami demam atau simptom lain.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, asrama itu diletakkan di bawah PKPD sehingga 30 November ini selepas kes Covid-19 dilaporkan berlaku di situ. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast