KUALA LUMPUR – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan penajaan mega bersama syarikat pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG menjelang kempen 2021.
SWAG adalah sebahagian daripada tambahan senarai usahasama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Nike dan Hublot.
Menerusi Facebook Rasmi Johor Southern Tigers, ada dua lagi penajaan antarabangsa yang akan diumumkan pada masa yang terdekat.
Langkah itu juga adalah sebahagian daripada sasaran JDT untuk menjadi kelab bernilai RM1 billion pada pertengahan tahun depan seperti mana yang diumumkan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Mahkota Johor itu sebelum ini mendedahkan terdapat empat buah syarikat antarabangsa telah menyatakan minat mereka untuk menguruskan aktiviti komersial di Stadium Sultan Ibrahim.
Syarikat tersebut bukan sahaja akan menguruskan Stadium Sultan Ibrahim tetapi turut akan menjadi penaja rasmi pasukan. – MalaysiaGazette
















