Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengusaha dan pemandu pelancong berlesen di negara ini yang mempunyai kompaun akan diberikan diskaun sebanyak 40 peratus.

Dalam masa yang sama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkata, tempoh pembayaran kompaun juga dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Ia merupakan usaha untuk membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan daripada penularan Covid-19.

Inisiatif MOTAC itu adalah tertakluk di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan Peraturan-Peraturan.

Kementerian itu berharap ia dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun kementerian itu menegaskan, kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast