Ismail Sabri Yaacob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua perwakilan UMNO agar menjaga penjarakan fizikal dan mematuhi prosedur standard operasi (SO) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri sidang mesyuarat.

Katanya, parti menetapkan tiga hari dari 1 hingga 3 Januari ini kepada semua perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh negara.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia.

“Semoga kita mampu untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanah air.

“Amalkan norma baharu dan patuhi SOP demi memastikan keselamatan diri keluarga dan masyarakat,” katanya menerusi perutusan khas kepada perwakilan UMNO, hari ini.

Mesyuarat perwakilan diadakan serentai di 191 bahagian dengan perasmian dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing.

Bagi kawasan yang dikenakan pelaksanaan PKPB dan PKPD, boleh mengadakan mesyuarat secara maya dengan kehadiran secukup korum, iaitu satu perempat dari jumlah wakil yang berhak hadir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast