Jet pejuang Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada Isnin pagi, susulan dua roket yang dilancarkan Hamas.- Gambar fail agensi

GAZA CITY – Jet pejuang Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada Isnin pagi, susulan dua roket yang dilancarkan Hamas, lapor Agensi Anadolu.

Serangan menyasarkan terowong milik kumpulan Hamas, kata jurucakap tentera Avichay Adraee di Facebook.

Beliau berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap “dua roket yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza yang menyasarkan kawasan pantai berhampiran kota Ashdod.”

Menurut wartawan Anadolu, dron dan pesawat perang Israel mengebom dua lokasi yang terletak di timur kota Rafah dan Khan Yunis.

Tiada kecederaan dilaporkan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.