Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu mulai hari ini hingga dimaklumkan kelak, selepas beberapa anggota cawangan tersebut didapati positif Covid-19.
Penutupan ini berikutan daripada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
Kes-kes yang telah dikenal pasti kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan, manakala pengesanan kontak sedang dilaksanakan.
Dengan itu, ahli-ahli adalah dinasihatkan untuk melaksanakan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.
KWSP juga telah mengambil langkah perlu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anggota dan orang ramai.
Semua anggota perkhidmatan KWSP Lahad Datu akan menjalani ujian swab Covid-19 dan jika didapati positif, akan mematuhi tempoh kuarantin wajib selama 10 hari mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Semua cawangan KWSP
akan tetap mengamalkan penjarakan fizikal dan SOP pencegahan yang lain untuk membendung penularan wabak tersebut.
Sekiranya ahli ingin mendapatkan penjelasan lanjut, mereka boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast