Puluhan ribu penyokong Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny telah mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Rusia dalam salah satu demonstrasi terbesar menentang pemerintahan Vladimir Putin.- Gambar agensi.

MOSCOW- Puluhan ribu penyokong Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny telah mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Rusia dalam salah satu demonstrasi terbesar menentang pemerintahan Vladimir Putin.

Lebih daripada 2,500 orang ditangkap oleh polis rusuhan semalam termasuk di Kaliningrad hingga Vladivostok.

Majoriti penunjuk perasaan mahu Kremlin untuk membebaskannya Navalny.

Dianggarkan 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk termasuk melempar bola salji kepada polis bertugas.

Navalny sebelum itu meminta para penyokongnya untuk melakukan tunjuk perasaan setelah ditangkap sebaik tiba di Moscow dari Jerman pada hujung minggu lalu.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhkan diri daripada menyertai tunjuk perasaan.

Mereka memberi amaran berisiko dijangkiti Covid-19 serta pendakwaan dan kemungkinan hukuman penjara kerana menghadiri acara yang tidak dibenarkan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast