KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas dari Pas, bersetuju dengan pertanyaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berhubung sejauh mana usaha untuk membentangkan Rang Undang-undang Akta 355 (RUU355) di Dewan Rakyat.
Ahmad Fadhli Shaari berkata, pertanyaan yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Pas itu sangat tepat kerana menunjukkan pengiktirafan PKR terhadap parti itu yang bersungguh-sungguh bersuara ke arah pemerkasaan undang-undang syariah.
Namun, katanya, pertanyaan sama tidak kedengaran ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, kerana semua orang tahu ia bukan pakatan politik yang boleh diharapkan untuk mengusahakan perkara itu.
Bahkan, ketika menjadi kerajaan pun, ia bukan agenda PKR yang berjuang untuk memastikan individu tertentu sahaja menjadi Perdana Menteri, tidak lebih dan tidak kurang.
“Hanya yang saya pelik, apabila disebut bahawa, ‘Tiada desakan sekelumit pun di Parlimen oleh 18 Ahli-ahli Parlimen parti Islam termasuk Marang”.
“Padahal, boleh didapati dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat 26 November 2020 bahawa saya telah bangun bertanya kepada Perdana Menteri berhubung usaha telah dijalankan setakat ini untuk memastikan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan.
“Soalan saya dijawab Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary secara terperinci menggariskan pelan bertindak kerajaan ke arah memastikan usaha menaiktaraf kuasa mahkamah syariah ini dapat dilaksanakan termasuk melakukan perundingan pihak berkuasa negeri yang merupakan pemegang taruh dalam hal ehwal agama di negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, hampir satu tahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama parti Bersatu, Pas dan UMNO mentadbir, tetapi belum kedengaran suara hendak melaksanakan hukum hudud atau RUU355.
Pada Februari 2017, ketika Barisan Nasional (BN) masih memerintah, pemimpin kanan dari Pas lantang menuntut diadakan pindaan RUU 355 sehingga sanggup melakukan himpunan besar-besaran di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Kini, tegas beliau, selepas hampir setahun Pas menjadi sebahagian dari pembentukan kerajaan PN, kenapa diam membisu.
Menurut Ahmad Fadhli, beliau faham kenapa Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim itu terlepas pandangan berhubung soalannya dan jawapan kerajaan, kerana pada tarikh 26 November 2020 iaitu hari pengundingan Belanjawan 2021, hanya menyaksikan 13 Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk memohon undi belah bahagi.
“Barangkali pada sebelah pagi sebelum penggulungan Menteri Kewangan, pembangkang sedang bermesyuarat dengan hebatnya sehingga terlupa persidangan Dewan Rakyat bermula jam 10 pagi setiap hari dengan soal jawab lisan.
“Menyatakan ‘langsung tiada usaha’ Ahli Parlimen Pas untuk bertanya mengenai RUU355 ini ialah satu tuduhan. Jika ia disengajakan, ia menjadi fitnah. Jika tidak disengajakan (kerana terlepas pandang mahupun tertidur), bolehlah diperbetulkan.
“Bertanya kepada pihak kerajaan apakah perkembangannya barangkali lebih tepat. Menyatakan kami Ahli Parlimen Pas sebagai langsung tidak bersuara sedikit kurang tepat,” ujarnya.
Namun, katanya, bukan kali pertama Saifuddin silap fakta mengenai Ahli Parlimen Pas, malah ketika pembentangan belanjawan pun, jawapan beliau dalam ruang Facebook kepada soalan seorang pengguna berhubung kehadiran Ahli Parlimen Marang, beliau menyatakan, “Tuan Guru Haji Hadi tiada dalam dewan sekarang… tidak hadir”, sedangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ketika pembentangan belanjawan tersebut.
“Itupun saya tidak pasti, fakta itu diperbetulkan atau tidak,” katanya. – MalaysiaGazette

















ingat MENGENCING…agenda tersohor PAKATAN HANCING P unah H arapan….komen atau kritikan
mereka sebagai pembangkang umpama HERO TAMIL.
pertanyaan sama tidak kedengaran ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, kerana semua orang tahu ia bukan pakatan politik yang boleh diharapkan untuk mengusahakan perkara itu.
Bahkan, ketika menjadi kerajaan pun, ia bukan agenda PKR yang berjuang untuk memastikan individu tertentu sahaja menjadi Perdana Menteri, tidak lebih dan tidak kurang.
Memperkasakan syariah sepertimana Islam agama persekutuan hendaklah seiring dengan menjamin majority ekonomi untuk majority pribumi Melayu sepertimana Kontrak Sosial dan hak perlembagaan keistimewaan Melayu. Takkan ada syariah dan majority ekonomi Melayu di dua pulau termasuk kawasan tergadai ke undi majority warga buruh asing menguntungkan penjajah British.