SELAYANG 01 MARCH 2016. Pemain Selangor, Raimi Mohd Nor ketika bertemu Sarawak pada perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. NSTP/OSMAN ADNAN

KUALA LUMPUR – Bekas pertahanan Kuala Lumpur, Raimi Mohd Nor kini membantu perniagaan bapanya sebagai kontraktor apabila  tidak mendapat tawaran yang serius daripada mana-mana pasukan pada musim ini.

Jelasnya, apa yang dihadapi olehnya dan beberapa pemain lain yang tidak mendapat tawaran cukup membuktikan bahawa akan lebih ramai lagi yang bakal hilang pekerjaan sekiranya Liga Malaysia dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

“Sekarang saya dan beberapa rakan lain tiada pasukan tetapi cuba bayangkan kalau Liga Malaysia dibatalkan, sudah pasti ramai lagi yang akan hilang punca pendapatan, bukan saya seorang.

“Sekarang dengan faktor umur saya yang kini 35 tahun dan ditambah lagi dengan situasi Covid-19, memang saya sedar susah untuk terus terlibat dalam Liga Malaysia, dan mahu atau tidak, kena cari alternatif lain.

“Sekiranya peluang itu masih ada untuk suatu hari nanti saya kembali beraksi bersama pasukan, pastinya saya tidak menolak kerana bola sepak tetap nombor satu dalam diri saya,” jelasnya.

Raimi sebelum ini merupakan salah seorang tonggak utama Selangor apabila pernah beraksi selama lima musim bermula 2012 sehingga 2017 selain pernah mencipta nama pada awal pembabitan karier pada tahun 2006 bersama KL Plus, Sime Darby dan Felda United. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast