Olivier Dassault. foto Agensi

PARIS – Jutawan terkenal Perancis, Olivier Dassault terbunuh dalam nahas helikopter, kata sumber polis.

Pesawat persendiriannya terhempas di Normandy pada waktu petang yang turut mengorbankan juruterbangnya.

”Olivier Dassault sangat menyayangi Perancis. Kapten industri, penggubal undang-undang, pegawai terpilih tempatan, komandan cadangan dalam angkatan udara: selama hidupnya, dia tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara.

”Kematiannya secara tiba-tiba adalah satu kehilangan besar. Takziah kepada keluarganya,” kata Emmanuel Macron menerusi Twitter.

Sebagai Anggota Parlimen untuk Parti Konservatif Les Republicains sejak tahun 2002, Olivier dianggap sebagai lelaki terkaya ke-361 di dunia bersama dua beradiknya, dengan kekayaan sekitar 6 bilion euro (AS$ 7.15 bilion) yang kebanyakannya diwarisi dari ayahnya, menurut Forbes 2020.

Dia mengundurkan diri dari dewan untuk mengelakkan konflik kepentingan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast