Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor didakwa melarang kakitangan awamnya hadir ke majlis pelancaran projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya benar arahan itu ia jelas menunjukkan kepimpinan negeri itu mementingkan politik daripada pembangunan kepada rakyat.

“Walaupun saya difahamkan kerajaan Selangor melarang pegawai daripada hadir ke majlis pelancaran tapi this is the real Kajang Move (Langkah Kajang).

“Nampak sangat mereka mementingkan politik bukan macam kita (Barisan Nasional),” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran MRT SBK di sini hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu memberitahu, kerajaan menyediakan pembangunan infrastrukur hampir 25 peratus di Selangor kerana tidak mempolitikkan pembangunan.

Selain itu, Noh berkata, pelancaran MRT SBK hari ini merupakan sesuatu yang tidak pernah disangka akan dibuat di Malaysia satu masa dahulu namun kini menjadi realiti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast