India mencatatkan rekod kematian harian tertinggi dunia 24 jam yang lalu.

NEW DELHI – India mencatatkan rekod kadar kematian harian tertinggi di dunia iaitu 4,529 kes akibat jangkitan Covid-19 dalam masa 24 jam lalu.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian di negara itu setakat ini adalah 283,248 kes.

Peningkatan angka kematian secara mengejut itu disebabkan penularan varian baharu virus yang teleh merebak begitu pantas ke kawasan pedalaman yang kurang akses kesihatan dan kesedaran mengenai penularan simptom itu.

Pakar matematik, India Murad Banaji berkata, ramai orang di kawasan pedalaman di negeri berpopulasi tinggi iaitu Uttar Pradesh meninggal dunia akibat simptom Covid-19 sebelum mereka dijejaki dan dilibatkan dalam ujian saringan.

Kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman dan perkampungan di India yang kurang akses kemudahan kesihatan tidak mengambil peduli tentang demam dan sakit badan.

Mayat pesakit Cpovid-19 yang meninggal dunia termasuk yang diambil dari Sungai Ganges dibakatr secara tradisional menggunakan kayu oleh para petugas kesihatan di India berikutan kes kematian harian tertinggi dunia dilaporkan di negara itu 24 jam yang lalu.

“Sebelum saudara atau jiran mereka memahami apa yang terjadi, pesakit meninggal dunia. Satu-satunya testimoni kematian Covid-19 di kawasan perkampungan adalah tangisan suri rumah dan kanak-kanak setiap hari,” katanya.

Ribuan jenazah yang ditemui dan diambil dari Sunagi Ganges beberapa minggu lalu dilaporkan mangsa Covid-19 dari perkampungan yang mana penduduk tidak mampu menguruskan pengebumian mengikut adat tradisional Hindu.

Malah upacara pengkebumian di beberapa kawasan pedalam tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah kekurangan kayu.

Angka kematian India hari ini memecahkan rekod yang dicipta Amerika Syarikat pada 12 Januari lalu apabila 4,475 orang telah mati akibat Covid-19.

Kementerian Kesihatan India melaporkan sebanyak 267,334 jangkitan baharu akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan kumulatif kes jangkitan di negara itu kepada 25 juta.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast