UMNO ministers deputy resign Emergency extend Parliament MPs Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, ada usaha pihak tertentu cuba memalitkan parti UMNO dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden UMNO itu berkata, perkara itu wajar diperjelaskan sekali lagi supaya semua lebih terang dan faham.

“Benar terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO sedang menganggotai kerajaan PN.

“Namun, ia tidak pernah bermaksud yang parti UMNO terlibat dalam menentukan dasar-dasar negara.

“Segala ketetapan untuk negara sebaliknya dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PN, termasuklah mengenai dasar berkait pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau mengulas tindakan segelintir pihak tertentu cuba mengaitkan kegagalan kerajaan melaksanakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan peraturan yang dibuat sendiri oleh Menteri dari UMNO.

Antara menteri dari UMNO yang terlibat secara langsung dalam situasi Covid-19 ialah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adhman Baba; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ahmad Zahid berkata, penentuan dasar negara adalah menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan, iaitu ketika institusi Parlimen digantung atas sebab yang masih dimusykilkan.

Justeru, tegas beliau, tidak patut ada pihak cuba ‘menjebak’ parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN menangani penularan Covid-19.

“Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba dikaitkan dengan parti UMNO, gara-gara beberapa Ahli Parlimennya menerima tawaran menganggotai kerajaan PN.

“Bagaimanapun, itu tidaklah pula bermaksud parti UMNO tidak mempedulikan nasib rakyat dan banyak pandangan UMNO tujukan kepada kerajaan PN melalui platform bukan Parlimen sebelum ini.

“Malangnya, kebanyakan pandangan dan nasihat mengenai Covid-19 itu kurang diberi perhatian. Mengapa jadi begitu, saya fikir semua boleh mengandaikan sebabnya,” katanya.

Apapun, kata Ahmad Zahid, beliau berdoa yang baik-baik untuk rakyat dan negara dalam berdepan dengan ancaman Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Wak Jahid, you trying to say that all UMNO ministers sit in the Cabinet like dungu makan gaji buta ke Wak? Semua polisi mereka tak masuk campur, ikut arahan atasan je ke? Idea mereka tak pakai langsung. Lebih kurang bangla je lah kan? Buat kerja ikut boss suruh. Macam itu ke wak?

Comments are closed.