Jurgen Klopp

LIVERPOOL – Jurgen Klopp meminta pemainnya bertenang menjelang aksi kelayakan kempen Liga Juara-juara Eropah menentang Bundesliga Hoffenheim di gelanggang lawan awal pagi ini.

Pengurus Liverpool itu yang mengakui pasukannya perlu mengharungi laluan sukar berkata, perlawanan itu penting bagi pihaknya untuk menempah tiket ke peringkat kumpulan.

Liverpool menamatkan saingan liga domestik musim lalu di tempat keempat, memintas Arsenal dan Manchester United.

 

Skuad Liverpool mengadakan sesi latihan menjelang aksi pusingan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan awal pagi nanti. – Daily Star

Jurgen Klopp meminta skuadnya tidak tertekan tetapi terus tenang menghadapi perlawanan awal pagi ini.

“Kami mahu masuk ke peringkat kumpulan liga juara Eropah kali ini dan itulah sasaran sepanjang musim lalu.

“Kali ini kami harus melalui dua perlawanan kelayakan yang sangat sukar.

“Tetapi saya yakin segalanya dipermudahkan untuk pasukan kami,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast