Seramai 32 individu menyewa banglo dikompaun RM2,000 seorang kerana melanggar peraturan Fasa 4 PPN.

KUALA LUMPUR – Keterujaan 32 individu menyertai parti sambutan hari jadi dan berseronok sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) menerima padah apabila dikenakan kompaun sebanyak RM64,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan itu dibuat di sebuah banglo selepas menerima aduan mengenai penganjuran majlis itu pada jam 10 malam.

“Bertindak atas maklumat awam itu, sepasukan polis dihantar ke lokasi dan hasil pemeriksaan di dalam unit itu seramai 32 individu warga tempatan dan seorang individu warga asing dipercayai penjaga rumah sedang menyambut majlis hari jadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang hadir dalam majlis itu berumur antara 20-an sehingga 30-an.

Siasatan lanjut mendapati mereka telah menyewa rumah tersebut dengan kadar RM1,600 sehari untuk tempoh selama dua hari bagi tujuan parti hari jadi itu.

Kesemua mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau, kata Amihizam.

Bagaimanapun, seorang lelaki dan seorang wanita disahkan positif dadah dalam ujian air kencing yang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast