Tempoh pengurangan kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 80 peratus yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 31 Disember.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelanjutan itu bertujuan memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menyelesaikan saman trafik yang tertunggak dengan diskaun sama.















