Kenderaan beratur di sebuah stesen minyak di Ankara. foto Reuters

ISTABUL – Turki menaikkan harga elektrik secara mendadak sebanyak 50% hingga 100% untuk isi rumah dan syarikat hari ini.

Negara ini juga sekali lagi meningkatkan bil gas asli bulanan, sekali gus menambah tekanan dalam ekonomi yang menghadapi inflasi keseluruhan yang melambung tinggi.

Pihak Berkuasa Kawal Selia Pasaran Tenaga berkata, harga elektrik dinaikkan sekitar 50% untuk isi rumah permintaan rendah bagi 2022, manakala harga elektrik dinaikkan lebih daripada 100% untuk pengguna komersial permintaan tinggi.

Harga gas asli melonjak 25% untuk kegunaan kediaman dan 50% untuk kegunaan industri pada bulan Januari, kata pengedar nasional Botas dalam kenyataan berasingan.

Kenaikan harga adalah 15% untuk kegunaan industri penjanaan elektrik.

Inflasi tahunan Turki melonjak melebihi 21% pada November dan melepasi 30% pada Disember, selepas kejatuhan mata wang dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh siri pemotongan kadar faedah yang tidak lazim. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast