KUALA LUMPUR – Seorang lagi suspek terlibat dengan rasuah melibatkan projek sebuah institut automotif negara bernilai RM132 juta direman.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman empat hari terhadap suspek lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 1 April depan di Mahkamah Majistret, Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, suspek lelaki yang merupakan Penasihat Kanan sebuah syarikat dipercayai telah memberi suapan berjumlah RM5 juta sebagai balasan bagi syarikat di bawah kawalannya mendapat geran projek.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, ujar beliou.

Sementara itu, tempoh reman bagi seorang lagi suspek bergelar Datuk sebelum ini dilanjutkan selama empat hari bermula esok sehingga 2 April ini.

Sebelum ini individu bergelar Datuk itu merupakan antara sembilan yang direman untuk membantu siasatan berhubung nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif tempatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast