Seorang bapa yang disyaki merogol anak sendiri ditahan polis di Pulau Pinang hari ini.

PULAU PINANG – Seorang bapa durjana yang tergamak merogol anak perempuannya sendiri berusia 15 tahun akhirnya menerima padah selepas ditahan polis di sini.

Lebih menyedihkan, anaknya yang sepatutnya dilindungi itu kini disahkan mengandung enam bulan akibat perbuatan suspek yang berusia 50 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, kejadian itu dilaporkan sendiri isteri suspek selepas mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku antara suaminya dan anaknya itu di rumah mereka di Air Itam, Georgetown di sini.

Kata beliau, mangsa juga mengaku kepada ibunya pernah melakukan hubungan seks dengan bapanya dan pemeriksaan di hospital mengesahkan kanak-kanak perempuan berkenaan mengandung.

“Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tidak lagi bersekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Anuar, suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.