KUALA LUMPUR – Nama besar dan beberapa kejayaan yang dimiliki Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memberi kesan kepada nilai komersial liga tempatan.
“Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita.
“JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta,” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor semalam menjelaskan bahawa perkara itu adalah fakta yang sebenar.
Komen itu dibuat Tunku Ismail selepas laman Instagram rasmi JDT berkongsi artikel yang menyatakan bahawa perlawanan membabitkan Harimau Selatan mengungguli rating tontonan di semua platform Astro. – MalaysiaGazette
















