Nikki Haley

NEW YORK – Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menolak dialog antara Pyongyang dan Seoul.

Haley dalam masa yang sama menegaskan Washington tidak akan tunduk terhadap sebarang permintaan daripada Korea Utara.

“Kami tidak akan menerima sebarang bentuk rundingan dengan serius, jika ia tidak menyentuh langsung mengenai usaha untuk mengharamkan penggunaan segala senjata nuklear di Korea Utara.

“Kami menganggap mereka sebagai satu rejim yang mementingkan diri sendiri, jadi kami tidak fikir kami perlu menerima cadangan itu dengan senyuman.

“Kita perlu memaksa mereka untuk menghentikan penggunaan senjata nuklear dan ia mesti dilakukan sekarang,” katanya.

Untuk rekod, program nuklear Korea Utara memaksa PBB meningkatkan lagi sekatan terhadap negara itu, susulan kebimbangan tercetusnya konflik nuklear.

Semalam, Korea Selatan mencadangkan satu rundingan diadakan pada 9 Januari ini selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berkata negaranya mungkin menyertai Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast