KUALA LUMPUR – Penyanyi Zila Seeron dikritik ekoran memuat naik gambar terbarunya di Instagram yang tidak bertudung bersama anaknya.
Ramai pengikutnya meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan imej bekas isteri pelawak Along Cham ini yang kelihatan rambutnya diwarnakan.
Antara pengikut yang meninggalkan komen di gambar Zila, @nurmelati berkata; “Alahai. Sedihnya. Dah elok bertudung, dibuka pula tudungnya. Semoga mendapat hidayah. Amin.
Seorang lagi, @khairulsanwar juga meninggalkan komen dengan berkata; Aduhaii…. kenapa buka tudung tu, kan elok pakai tudung.
Namun di sebalik kecaman yang diterima, ada juga yang mendoakan sekaligus memberi sokongan agar Zila kembali berhijab.
Pada 29 September tahun lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu dan pasangannya, Mohd. Khairul Azizi Burhanudin masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkhalwat, bulan lalu.
Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman tersebut dan memerintahkan mereka dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Zila atau nama penuhnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd. Khairul, 32, yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta masing-masing membayar denda berkenaan.
















