Dr Ahmad Yunus Hairi

SHAH ALAM – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) dijangka dapat mampu mengubah landskap politik negara ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, apa yang penting jentera pilihan raya PN perlu berada dalam siapsiaga yang tinggi untuk bantu memenangkan parti gabungan itu di Selangor, selain strategi yang tepat.

Beliau yang Naib Pengerusi PN Selangor turut memberitahu calon PN di negeri itu akan bertanding kesemua 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada PRN kali ini.

“Ini adalah tekad dan semangat kita nak tunjukkan. Insya-Allah, menang PN di Selangor, landskap kerajaan di peringkat Pusat akan berubah.

Beliau berkata demikian kepada berucap di Konvensyen Pilihanraya PN Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Ahmad Yunus menambah, PN Selangor turut yakin dapat memenangi kerusi DUN di kawasan bukan majoriti Melayu sekiranya mengatur strategi yang tepat.

Beliau berkata, sasaran itu juga dapat direalisasikan jika parti komponen menerusi jentera PRN dapat bersatu untuk menonjolkan kebersamaan dalam usaha menarik pengundi menyokong PN.

“Kita sasarkan kerusi peratusan pengundi Melayu lebih 60 peratus tetapi tidak dinafikan dengan gelombang PN yang berlaku dalam negara, kita mampu untuk menang di kerusi yang pengundi Melayu kurang 60 peratus.

“Sebab itu, strateginya kita kena betul,” katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast