Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Capsule Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto AFFAN FAUZI, 26 JUN 2023.

PUTRAJAYA – DAP hanya mengambil kira komitmen dan pandangan daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang merupakan pimpinan tertinggi parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, DAP  tidak melihat pandangan lain selain Ahmad Zahid terutama  membabitkan isu kerjasama dengan parti-parti Kerajaan Perpaduan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Saya dengar komitmen Ahmad Zahid sudah cukup baik, jadi pandangan lain tu kita tidak ambil kiralah,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa yang menggesa MCA supaya tidak terlibat dalam PRN bagi memberi pengajaran kepada calon BN yang kini angkuh selepas ‘berkawan’ dengan DAP.

Artikel berkaitan: MGNews : DAP Tiada Hasrat Untuk Meletakkan Tony Pua Bertanding  PRN –

AnthonyMGNews : Saya Rasa Pelik Ini Mulut Celupar Atau Longkang! – Ka Siong Bidas Tony Pua

Terpulang saya nak dapat nasihat Tony Pua atau tidak – Anthony Loke

Jangan layan kenyataan Tony Pua – Zahid

MGNews: “Jangan Baling Batu Di Rumah Kaca” – Zahid Minta Ahli UMNO Jangan Layan Tony Pua

Kenyataan Tony Pua boleh ganggu persiapan jentera PRN – Noraini

Terdahulu beliau menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3, Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini, hari ini.

Wa membuat gesaan itu susulan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menggelar MCA dan MIC sebagai ‘biawak hidup’.

Sementara itu, Loke berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan dibuat Setiausaha Agung Pemuda MCA itu.

“Itu (pandangan) terpulang kepada beliau, saya tidak mahu komen. Itu pemuda MCA sahaja dan mereka bukan mewakili BN pun,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast