KUALA LUMPUR – Seperti kebiasaan sebelum ini, penyanyi antarabangsa Enrique Iglesias cukup dikenali sebagai salah satu artis sangat menjaga privasi.
Dia sangat sukar untuk berkongsi hal peribadinya kepada umum apatah lagi menunjukkan apa-apa gambar di media sosial.
Namun, demi menjaga hatinya peminat, dia yang menjalani kehidupan bersama bekas ratu tenis dunia, Anna Kournikova ini terbuka hati untuk berkongsi gambar sepasang cahaya mata kembar mereka.
Bayi-bayi comel yang lahir pada 16 Disember lalu itu diberi nama Nicholas dan Lucy Iglesias.
Genap sebulan kelahiran kembar itu, Enrique dan Anna memuat naik foto anak-anak mereka di laman Instagram masing-masing.

Ini merupakan foto pertama yang mereka kongsikan kepada umum.
Foto yang dimuat naik Enrique menunjukkan anaknya itu sedang tidur nyenyak dan beserta kapsyen ‘sinar matahariku’.
Sementara foto yang dikongsi Anna pula menunjukkan aksi dia sedang mencium salah seorang anaknya.
Pasangan ideal Hollywood ini sudah menjalinkan hubungan selama 16 tahun dan kini mereka menjalani kehidupan bahagia dan penuh privasi di sebuah pulau persendirian milik mereka di Miami Beach. – MalaysiaGazette
















