Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018 akan diadakan pada 25 Februari ini.

KUALA LUMPUR – Seiring dengan objektif utama untuk membantu kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat, Pertubuhan Nadi Sihat (Nadi Sihat) akan menganjurkan Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018 pada 25 Februari ini.

Program bersama MalaysiaGazette dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Selangor dan Jabatan Bomba Penyelamat itu akan di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya Taman Kosas, Ampang di sini.

Menurut pengarah program, Hafizuddin Ismail, pendaftaran pasukan telah pun dibuka dan akan berakhir pada 20 Februari ini dengan sasaran peserta seramai 1,000 orang.

“Kami yakin Karnival Bola Sepak Penalti 2018 bakal menarik perhatian peminat bola sepak sekitar Lembah Klang dalam usaha Nadi Sihat meningkatkan kreativiti dan mempelbagaikan aktiviti riadah .

“Pelbagai hadiah lumayan menanti para peserta dengan menawarkan hadiah berbentuk  wang  tunai melebihi RM13,000, piala dan medal.

“Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga disediakan seperti  televisyen LED 32, 20 alatan sukan dan juga barangan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hafiz memberitahu, karnival itu akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan dijangka berakhir pukul 5 petang.

Sementara itu, penyertaan masih lagi dibuka dan mereka yang berminat boleh menghubungi beliau talian 014 321 9417, Nazmi (019 307 2911) atau 03 426 53012. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast