TOKYO – Tumpahan minyak selepas kemalangan kapal tangki yang terburuk di dunia kini turut menjejaskan pesisir pantai Jepun.

Menurut pengawal pantai negara tersebut, kesannya kini tiba di pesisir pulau Amami-Oshima.

Bagaimanapun, pihak berkuasa dilaporkan sedang memeriksa sama ada ia daripada kapal tangki Sanchi yang karam di Laut Timur China pada bulan lalu.

Pulau Amami-Oshima adalah sebahagian daripada kepulauan termasuk Okinawa, kawasan yang terkenal dengan pantai dan terumbu karang yang cantik.

Kapal tangki Iran itu karam lebih tiga minggu lalu dan menimbulkan kebimbangan terhadap kerosakan ekosistem marin.

Dua mayat kelasi berjaya ditemui dalam kapal itu sementara mayat ketiga ditemui di laut berhampiran kapal terbabit. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast