Home Ekonomi Perbelanjaan pengguna diramal naik hingga 6%

Perbelanjaan pengguna diramal naik hingga 6%

Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat sebanyak lima hingga enam peratus pada tahun ini sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara lima dan 5.5 peratus pada tahun ini.

Kuasa beli yang meningkat disebabkan kenaikan pendapatan boleh guna susulan langkah kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu sebanyak dua peratus dalam Bajet 2018, katanya.

“Bagi mereka dalam kumpulan pertengahan 40 peratus, langkah itu akan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka yang boleh digunakan untuk perbelanjaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran platform rujukan Pinjaman/Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, hari ini.

Mengenai pengukuhan ringgit, Johari berkata, ini membuktikan asas ekonomi yang bertambah baik, termasuk pertumbuhan dalam eksport dan perdagangan, kenaikan harga minyak dan aliran masuk wang daripada pelabur asing ke negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast